Sunday 16 October 2011

TUGAS GURU PEMULIHAN KHAS

TUGAS GURU PEMULIHAN KHAS

Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-murid yang tidak menguasai
kemahiran 3M (LITRASI DAN NUMARASI)

* Membantu guru-guru asas dalam hal:-
a. Mengenalpasti murid lemah yang memerlukan pengajaran pemulihan.
b. Merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti serta bahan-bahan pemulihan.
c. Mengatur jadual waktu untuk pengajaran pemulihan.
d. Sebagai guru pembimbing untuk membantu guru mata pelajaran asas sekiranya
    keadaan memerlukan.
e. Berjumpa dan berbincang dengan guru, ibu bapa, doktor, pegawai
    kebajikan dan pihak-pihak lain yang boleh membantu untuk mendapatkan
    maklumat lanjut tentang tingkah laku, kesihatan dan keterangan lain
    mengenai murid.
f. Melaksanakan penilaian dan merekodkannya secara berterusan.
g. menyediakan fail bagi setiap murid pemulihan yang mengandungi
   dokumen-dokumen berikut:-
     . Borang pencalonan
     . Borang latar belakang murid
     . Borang pengumpulan maklumat
     . Ujian saringan
     . Ujian diagnostik
     . lembaran kerja
     . Rekod penilaian
     . Catatan-catatan lain yang berkaitan dengan murid.

* Membentuk jawatankuasa Program pemulihan Khas
* Menjadi ahli jawatankuasa kurikulum sekolah.
* Mengadakan bengkel di peringkat sekolah atau daerah jika diperlukan.
* Mengurus tugas-tugas kebajikan murid pemulihan khas di sekolah.

No comments:

Post a Comment

MUSIC PICTURE MY MOOD