Tuesday 22 November 2011

PENDEKATAN

PENDEKATAN INTERGERATIF

Pendekatan ini bertujuan untuk mewujudkan satu persekitaran pengajaran yang merangsangkan murid-murid kita untuk menggunakan kemahiran asas, memahami, hubungan antara disiplin akademik yang berbeza-beza. Pendekatan ini memerlukan murid-murid untuk berfikir, mensistesis dan memberi gerakbalas terhadap apa yang diajar.
Berikut adalah beberapa prinsip pendekatan integratif :

(a) Tumpuan diberi kepada strategi pemusatan murid
Guru dikehendaki memberi kuasa kepada murid-murid mengendalikan tugas atau projek serta mengalakkan pembinaan hubungan. Guru hendaklah mudah didampingi agar dapat memberi bimbingan, jika perlu:
· Penggunaan pembelajaran aktif. Teknik-teknik yang digunakan seperti pembelajaran koperatif memberi murid-murid peluang untuk mengaplikasikan teori yang dipelajari kepada situasi dalam kehidupan seharian.
· Peranan guru sebagai fasilitator. Guru perlu mereka bentuk aktiviti-aktiviti di mana murid dapat belajar sesama mereka serta memperoleh pengalaman pembelajaran berbentuk arah kendiri dan inisiatif kendiri.
· Keutamaan diberi kepada kemahiran asas. Kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira diperkukuhkan dalam kalangan murid.
· Peluang untuk kerja berpasukan. Melalu kerja berpasukan, murid-murid belajar untuk menghargai unsur kepelbagaian dan perbezaan individu.
· Penggunaan teknologi dalam menyiapkan tugas atau projek. Amat penting agar murid-murid didedahkan dan diajar pelbagai kemajuan teknologi dan strategi internet yang sedia ada.

(b) Strategi pemusatan bahan.
Bahan pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan menggunakan strategi ini. Guru boleh menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah, lebih menarik serta lebih berkesan. Murid-murid pula boleh memahami pelajarannya dengan lebih bermakna serta boleh menjalankan aktiviti pembelajaran dengan secara sendiri atau secara berkumpulan tanpa kehadiran guru.

No comments:

Post a Comment

MUSIC PICTURE MY MOOD