Tuesday 29 November 2011

PEMBELAJARAN MASTERI

PENDEKATAN MASTERI

Konsep & Cara
Melaksanakan Pembelajaran Masteri

  1. Mengapa Pembelajaran Masteri?
  2. Apakah Dia Pembelajaran Masteri?
  3. Bagaimanakah Pembelajaran Masteri Dilaksanakan?
  4. Apakah Peranan dan Tugas Guru Dalam Pembelajaran Masteri?
  5. Apakah Peranan dan Tugas Pelajar Dalam Pembelajaran Masteri?
  6. Rumusan  
  1. Pembelajaran masteri adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar dapat menguasai apa yang diajar.
  2. Konsep ini diperkenalkan oleh B.S. Bloom pada tahun 60an dengan berasaskan kepada satu prinsip atau falsafah iaitu semua pelajar boleh menguasai sesuatu perkara yang diajar sekiranya:
    1. ada masa yang cukup untuk pelajar menguasainya; dan
    2. pengajaran dan pembelajaran adalah berkualiti
  3. Dalam proses pembelajaran masteri, anda harus memastikan semua pelajar dapat menguasai perkara-perkara yang diajar dalam satu unit pembelajaran atau tajuk sebelum ke unit pembelajaran atau tajuk yang lain.
  4. Masa untuk pelajar anda menguasai sesuatu perkara boleh dipendekkan jika anda:
    1. menggunakan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan;
    2. menggalakkan pelajar belajar dengan tekun dan tabah;
    3. merangsang dan mendorong mereka untuk belajar, dan
    4. melatih mereka dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka menjadi pelajar berdikari.
  5. Kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya anda:
    1. menggunakan kaedah mengajar yang menarik serta menyeronokkan dan yang berpusatkan kepada pelajar
    2. menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar yang sesuai
    3. mengambil kira tahap kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar untuk memahami dan menghayati sesuatu perkara;
    4. menjalankan penilaian formatif untuk menentukan sama ada mereka sudah menguasai perkara yang telah diajar; dan
    5. menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan.
  1. Berapa tokoh dalam pembelajaran masteri telah mencadangkan pelbagai strategi untuk melaksanakannya.
  2. Pada asasnya anda perlu merancang dan melaksanakan empat langkah berikut:
    1. Menentukan hasil pembelajaran untuk sesuatu unit pembelajran;
    2. Mengajar dengan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai;
    3. Menilai dengan ujian diagnostik, formatif, dan sumatif; dan
    4. Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan
  3. Sasaran pencapaian dalam pembelajaran masteri ialah semua pelajar harus mendapat sekurang-kurangnya markah 80%
  4. Anda boleh memulakan dengan markah 50% sebagai saasaran pencapaian dan markah itu harus dinaikkan beransur-ansur kepada markah 80%.

No comments:

Post a Comment

MUSIC PICTURE MY MOOD