Wednesday 30 November 2011

Penentuan Hasil Pembelajaran

Penentuan Hasil Pembelajaran
  1. Mengapa Hasil Pembelajaran Harus Ditentukan?
  2. Apakah Dia Hasil Pembelajaran?
  3. Bagaimanakah Hasil Pembelajaran Dalam Bidang Kognitif, Afektif dan psikomotor dinyatakan?
  4. Bagaimanakah mengenal pasti hasil pembelajaran dalam pelbagai dokumen kurikulum
  5. Contoh HSP Bahasa Melayu
  6. Contoh HSP Matematik KBSR
  7. Contoh HSP Sains KBSR
  8. Contoh HSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan KBSR
  9. Rumusan

Pentingnya Hasil Pembelajaran
  1. Langkah pertama dalam pembelajaran masteri ialah anda harus menentukan hasil pembelajaran untuk sesuatu unit pembelajaran atau tajuk.
  2. Penentuan hasil pembelajaran adalah penting kerana penentuannya dapat:
    1. menyatakan apa yang perlu dikuasai oleh pelajar
    2. menolong anda memberi tumpuan dalam penguasaan hasil
    3. membantu anda dalam merancang dan menggunakan pelbagai kaedah pembelajaran dan alat bantu mengajar yang berkesan untuk pelajar menguasai hasil pembelajaran itu
    4. menolong anda dalam membina ujian formatif dan sumatif
  3. Di negara maju, trend pendidikan sekarang adalah ke arah penguasaan hasil pembelajaran
  4. Pelajar harus juga tahu apa hasil pembelajaran yang mesti dikuasai supaya mereka boleh memberi tumpuan untuk belajar dan menguasai apa yang dikehendaki.
Maksud Hasil Pembelajaran
  1. Hasil pembelajaran ialah apa yang boleh ditunjukkan oleh pelajar tentang pengetahuan dan kebolehan membuat sesuatu selepas sesuatu perkara diajar.
  2. Contoh hasil pembelajaran ialah:
    1. Menamakan ibu kota bagi setiap negeri di Malaysia
    2. Mengenal pasti kata nama dan kata kerja dalam satu ayat
    3. Menambah sebarang dua nombor tidak lebih daripada 1000
    4. Membanding dan membezakan haiwan dan tumbuhan
    5. Memberi sebab-sebab mengapa kerajaan awal wujud di pesisiran pantai
    6. Menerangkan kepentingan kebersihan
    7. Melukis seekor kucing
    8. Mengetam sekeping papan
    9. Memukul bola hoki yang bergolek
    10. Membuang sampah ke dalam tong sampah
  3. Perkaitan di antara hasil pembelajaran dan proses pengajaran dan pembelajaran.
  4. Pengalaman pembelajaran yang diberi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bukanlah hasil pembelajaran tetapi hanya merupakan cara untuk mencapai hasil pembelajaran.
  5. Isi kandungan, kaedah mengajar dan bahan pengajaran dalam proses pengajaran merupakan alat atau cara untuk mencapai hasil pembelajaran. 
  6. Tentukan anda boleh mengenal pasti dan membezakan hasil pembelajaran daripada isi kandungan, proses pengajaran dan proses pembelajaran.

No comments:

Post a Comment

MUSIC PICTURE MY MOOD